Manual Ppd Pt3

download Manual Ppd Pt3

of 23

Transcript of Manual Ppd Pt3

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    1/23

     

    MANUAL PENGGUNA

     APLIKASI PENDAFTARAN PT3

    [PPD] 

    BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT,

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Penafian. Hakci ta © Baha ian Pen urusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Mala sia

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    2/23

    Halaman | 2

    Adalah DIGALAKKAN  bagi pegawai PPD

    membaca keseluruhan Manual Pengguna

    PPD yang disediakan ini sebelum proses

    pendaftaran pusat peperiksaan dan calon

    bermula bagi melancarkan proses

    pendaftaran dan pemantauan.

    Turut disertakan bersama-sama manual

    pengguna ini adalah Manual Pengguna SuP

    sebagai rujukan pegawai PPD.

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    3/23

    Halaman | 3

    ISI KANDUNGAN

    1.0 PENGENALAN 4

    2.0 PENGGUNAAN SISTEM2.1 Pra Penggunaan Sistem 4 – 6

    2.2 Senarai Menu 7

    3.0 PROSES PENGGUNAAN SISTEM

    3.1 MENU PROSES PUSAT

    3.1.1 Daftar Pengguna 8 – 10

    3.1.2 Senarai Pusat Telah Daftar Calon 11 – 12

    3.1.3 Senarai Pusat Belum Daftar Calon 12 – 13

    3.1.4 Senarai Sekolah Belum Daftar Pusat 13

    3.2 MENU PROSES CALON

    3.2.1 Calon Pindah 14

    3.2.2 Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas 14 – 15

    3.3 MENU KONFIGURASI 

    3.3.1 Reset Katalaluan 15

    3.4 MENU CETAKAN 17 – 20

    3.5 MENU LAIN-LAIN 20

    3.6 MENU BANTUAN

    3.6.1 Manual Pengguna 21

    3.6.2 Pegawai Dihubungi 21

    3.7 MENU UTAMA 22

    4.0 KELUAR DARI SISTEM 22

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    4/23

    Halaman | 4

    1.0  PENGENALAN

    Aplikasi Pendaftaran Calon PT3 Atas Talian dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan

    Maklumat (BPM) untuk memudahkan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memantau

    proses pendaftaran pusat peperiksaan dan calon yang akan menduduki peperiksaan PT3.

    Hal ini adalah satu langkah yang dilakukan oleh LP untuk menaiktaraf sistem Pendidikan

    Negara dengan mengaplikasikan kemudahan teknologi siber di peringkat sekolah selaras

    dengan agenda PIPP Nasional. Diharapkan dengan pembangunan dan kemudahan sistem

    aplikasi ini, proses pendaftaran pusat peperiksaan dan calon PT3 dapat dilakukan dengan

    lebih efisien.

    2.0  PENGGUNAAN SISTEM

    2.1  PRA PENGGUNAAN SISTEM

      Buka pelayan web Internet (dinasihat menggunakan pelayar web Mozilla

    Firefox 3.0 ke atas dengan saiz resolusi skrin 1024 x 768 piksel dan

    mempunyai perisian PDF).

      Taipkan alamat url seperti berikut:

    http://apps2.moe.gov.my/pt3

      Skrin di bawah akan dipaparkan.

    Peringatan: Perubahan tarikh tutup sistem bergantung kepada arahan

    pihak Lembaga Peperiksaan (LP) dari masa ke semasa.

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    5/23

    Halaman | 5

      Klik pada butang Pejabat Pendidikan Daerah.

      Skrin di bawah akan dipaparkan.

      Masukkan  ‘Nama Login’ dan ‘Kata Laluan’ seperti yang diberikan oleh

    Lembaga Peperiksaan melalui ‘Surat Login’   untuk Aplikasi Pendaftaran PT3.

    Contoh :

    o  Login : PPD

    o

      Password : 123456

      Klik butang ‘Masuk’  dan skrin di bawah akan dipaparkan.

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    6/23

    Halaman | 6

      Untuk pengguna yang baru pertama kali mendaftar masuk (login) ke aplikasi

    ini, proses pengemaskinian Kata Laluan perlu dilakukan.

      Masukkan ‘Kata Laluan Lama’  dan ‘Kata Laluan Baru’ .

      Maklumat seperti Nama Pegawai, No. Telefon dan No Faks perlu dimasukkan.

      Klik butang ‘SIMPAN’ dan mesej ‘Maklumat Berjaya Dikemaskini’ dipaparkan.

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    7/23

    Halaman | 7

    2.2  SENARAI MENU

    Bagi PPD menu-menu yang boleh dicapai di dalam aplikasi ini adalah seperti berikut:

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    8/23

    Halaman | 8

    3.0  PROSES PENGGUNAAN SISTEM

    3.1  MENU PROSES PUSAT

    Menu ini disediakan bagi membolehkan PPD memantau setiap proses dan status

    pendaftaran pusat dan calon peperiksaan. Selain daripada itu, PPD juga boleh

    mendaftar pengguna (SuP). Jenis calon yang ada di dalam aplikasi pendaftaran PT3:

      K - Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama

    Bantuan Kerajaan

      L - Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan (MRSM, Perantis Tentera,

    Maktab Tentera Diraja)

      M - Calon Sekolah Menengah Agama Negeri

      N - Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan

    Malaysia

      P - Calon Persendirian

      R - Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat

      S - Calon Sekolah Swasta yang tidak berdaftar dengan Kementerian

    Pendidikan Malaysia

      T - Calon Sekolah Integriti / Asrama Akhlak / Tunas Bakti

    Terdapat empat (4) submenu untuk Proses Pusat iaitu Daftar Pengguna, Senarai

    Pusat Telah Daftar Calon, Senarai Pusat Belum Daftar Calon dan Senarai Sekolah

    Belum Daftar Pusat. Proses terperinci bagi keempat-empat submenu ini diterangkan

    di bawah:

    3.1.1  Daftar Pengguna

      Submenu ini disediakan bagi membolehkan PPD mendaftar Sekolah yang

    tidak wujud di dalam aplikasi di mana Surat Login akan dijana melalui

    submenu ini dan diberikan kepada SuP untuk memulakan proses

    pendaftaran pusat dan calon peperiksaan.

      Untuk mendaftar sekolah, masukkan Kod Sekolah dan Nama Pusat (tidak

    boleh melebihi daripada 54 aksara).

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    9/23

    Halaman | 9

      Tekan butang ‘DAFTAR’ .

      Jika Sekolah telah wujud, mesej ‘Kod Sekolah Telah Wujud’ akan

    dipaparkan.

      Jika Sekolah belum wujud lagi dan berjaya didaftarkan, mesej ‘Sekolah

    berjaya didaftarkan. Sila cetak Surat Login’ akan dipaparkan.   Klik butang ‘OK’ .

      Skrin di bawah akan dipaparkan setelah ‘Sekolah berjaya didaftarkan’ .

      Klik butang  ‘CETAK SURAT LOGIN’   untuk mencetak Surat Login kepada

    SuP Sekolah yang didaftarkan.

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    10/23

    Halaman | 10

      Skrin di bawah menunjukkan contoh Surat Login.

      Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan

    kepada Surat Login.

      Klik ikon ‘Disket’ , untuk simpan Surat Login pada komputer JPN.

      Klik ikon ‘Pencetak’ , untuk cetak terus Surat Login melalui aplikasi.

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    11/23

    Halaman | 11

    3.1.2  Senarai Pusat Telah Daftar Calon

    Submenu ini disediakan bagi membolehkan PPD melihat status dan senarai

    pusat peperiksaan bersama calon yang telah didaftarkan. Status Janaan

    Angka Giliran dan Status Pendaftaran Calon disahkan turut dipaparkan

    bersama senarai pusat peperiksaan untuk pemantauan PPD.

    Maklumat pusat peperiksaan yang dipaparkan dapat membantu sekiranya

    PPD ingin menghubungi pusat peperiksaan berkenaan.

      Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu  ‘Senarai Pusat Telah

    Daftar Calon’  ditekan:

      Jika PPD ingin melihat senarai calon yang telah didaftarkan pada pusat

    peperiksaan berkenaan, klik pautan ‘Bil Calon’ .

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    12/23

    Halaman | 12

      Pautan Bil Calon akan menghubungkan PPD kepada skrin  ‘Senarai Calon’  

    seperti di bawah:

      Klik pautan SETERUSNYA>> atau

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    13/23

    Halaman | 13

      Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu  ‘Senarai Pusat Belum

    Daftar Calon’  ditekan:

    3.1.4  Senarai Sekolah Belum Daftar Pusat

    Submenu ini disediakan bagi membolehkan PPD memantau dan melihat

    senarai sekolah yang belum mendaftarkan pusat peperiksaan. Maklumat

    sekolah yang dipaparkan dapat membantu sekiranya PPD ingin menghubungi

    sekolah berkenaan.

      Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu  ‘Senarai Sekolah Belum

    Daftar Pusat’  ditekan:

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    14/23

    Halaman | 14

    3.2  MENU PROSES CALON

    Terdapat dua (2) submenu untuk Proses Calon iaitu Calon Pindah dan Borang

    Maklumat Calon Berkeperluan Khas. Proses terperinci bagi submenu ini diterangkan

    di bawah:

    3.2.1  Calon Pindah

    Submenu ini disediakan bagi membolehkan PPD melihat senarai calon pindah

    yang telah dimasukkan oleh SuP pusat peperiksaan masing-masing.

    3.2.2  Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas

    Submenu ini disediakan bagi membolehkan PPD melihat senarai calon

    istimewa bersama keperluan khas yang telah dimasukkan oleh SuP pusat

    peperiksaan masing-masing.

    Skrin ini akan memaparkan kesemua sekolah yang berada di bawah kawalan

    PPD masing-masing.

      Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu ‘Borang Maklumat Calon

    Berkeperluan Khas’  ditekan:

      Pilih  ‘Kod Sekolah’   untuk melihat senarai calon istimewa (jika ada) dan

    tekan butang ‘CARIAN’ .

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    15/23

    Halaman | 15

      Skrin di bawah akan dipaparkan.

      Klik pautan SETERUSNYA>> atau

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    16/23

    Halaman | 16

      Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu Reset Katalaluan

    ditekan:

      Masukkan ‘Nama Login’  dan tekan butang ‘PAPAR’ .

      Skrin di bawah akan dipaparkan.

      Klik ikon ( ) untuk set semula katalaluan SuP.

      Mesej ‘Adakah anda pasti untuk reset katalaluan bagi ?’

    akan dipaparkan.

      Klik butang ‘OK’, jika PPD ingin set semula katalaluan.

      Klik butang ‘CANCEL’, jika PPD tidak ingin set semula katalaluan.

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    17/23

    Halaman | 17

    3.4  MENU CETAKAN

    Menu ini disediakan bagi membolehkan PPD mencetak dokumen standard yang

    diperlukan pada setiap proses pendaftaran pusat dan calon peperiksaan.

    Terdapat lima (5) jenis cetakan yang disediakan iaitu:

      Kawalan

      Rumusan

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    18/23

    Halaman | 18

      Senarai Pusat

      Senarai Calon Sudah Daftar

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    19/23

    Halaman | 19

      Surat Login SuP

    Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan kepada cetakan.

      Klik ikon ‘Disket’, untuk simpan dokumen pada komputer PPD. 

      Klik ikon ‘Pencetak’, untuk cetak terus dokumen melalui aplikasi.

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    20/23

    Halaman | 20

      Bagi cetakan Kawalan:

      Pilih sama ada Semua Pusat / No Pusat Pilihan

      Tekan butang PAPAR.

      Bagi cetakan Rumusan:

      Pilih sama ada Semua Pusat / No Pusat

      Tekan butang PAPAR.

      Bagi cetakan Senarai Pusat:

      Pilih sama ada Semua Pusat / No Pusat

      Tekan butang PAPAR.

      Bagi cetakan Senarai Calon Sudah Daftar:

      Pilih sama ada Semua Pusat / No Pusat

      Tekan butang PAPAR

      Bagi cetakan Surat Login:

      Pilih sama ada Semua Pusat / Kod Sekolah

      Tekan butang PAPAR.

    3.5 

    MENU LAIN-LAIN

    Menu ini mempunyai satu submenu iaitu Tukar Katalaluan. Melalui submenu ini, PPD

    boleh mengemaskini maklumat PPD, maklumat peribadi dan katalaluan.

      Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu ‘Tukar Katalaluan’  ditekan.

      Tekan butang ‘SIMPAN’  setelah maklumat di atas dikemaskini.

      Mesej ‘Maklumat Berjaya Dikemaskini’ akan dipaparkan. Tekan butang ‘OK’ .

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    21/23

    Halaman | 21

    3.6  MENU BANTUAN

    Terdapat dua (2) submenu bagi menu Bantuan iaitu Manual Pengguna dan Pegawai

    Dihubungi.

    3.6.1  Manual Pengguna

      Tekan submenu  ‘Manual Pengguna’   untuk memaparkan dan menyimpan

    manual ke komputer.

      Skrin di bawah akan dipaparkan

      Gunakan butang yang dipaparkan di bawah bagi tujuan cetakan atau

    muat turun Manual Pengguna.

      Klik ikon ‘Anak Panah’  untuk muat turun dokumen pada komputer PPD.

      Klik ikon ‘Pencetak’  untuk cetak terus dokumen melalui aplikasi.

    3.6.2  Pegawai Dihubungi

      Tekan submenu  ‘Pegawai Dihubungi’   bagi menyenaraikan pegawai yang

    bertanggungjawab membantu PPD di dalam proses pendaftaran pusat dan

    calon peperiksaan sekiranya mengalami kesulitan.

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    22/23

    Halaman | 22

      Contoh skrin bagi submenu Pegawai Dihubungi:

    3.7  MENU UTAMA

    Menu ini akan memaparkan maklumat am PPD.

    4.0 

    KELUAR DARI SISTEM

    Klik menu ‘Keluar’ untuk keluar dari sistem.

  • 8/17/2019 Manual Ppd Pt3

    23/23

    Halaman | 23